7 Haiwan Paling Ditakuti Ular. No 4 Boleh Bela Tetapi Pelik Kerana Di Panggil Burung Setiausaha

Korang mesti takut kan ular.. memang tidak di nafikan lagi ular adalah haiwan yang boleh membunuh gajah apatah lagi manusia.

1. Landak

Sukar untuk dibayangkan bahawa ular akan kalah kepada binatang yang lambat dan lemah seperti landak. Landak dengan mudah dapat membunuh seekor ular viper. Landak mempunyai perisai berduri. Duri-duri landak tersebut sangat berbahaya bagi ular. Ular akan terluka parah dan apabila ular sudah lemah landak akan menggigit leher ular beberapa kali dan gigitan terakhir akan meremukkan tulang belakang ular. Landak boleh mengeluarkan racun arsenik yang boleh membunuh 25 orang manusia. Namun landak juga boleh mati jika digigit oleh ular pada bahagian tertentu. Muncung landak adalah bahagian paling lemah.

2. Luak

Luak sangat terkenal kerana kemampuan mereka untuk membunuh ular. Luak akan menyambar ular pada bahagian belakang kepala ular dan akan menggigitnya dengan rahangnya yang kuat. Ular yang sepanjang 1.5 m boleh dihabiskan oleh luak dalam masa 15 minit. Luak kebal terhadap bisa ular tedung yang sangat beracun bagi manusia. Luak akan pengsan sementara jika terkena bisa ular, dan akan memakan ular tersebut setelah sedar dari pengsan. Karnivor ganas ini terkenal dengan sebutan pemburu ular.

3. Mongoose

Mongooses (sejenis musang) menyerang ular melalui gerakan pantasnya. Haiwan ini mempunyai lapisan kulit yang tebal sehingga bisa ular tidak mudah masuk ke tubuh mereka. Mongoose mampu membunuh ular tedung sepanjang 3 m. Namun begitu, moongoose tidaklah sepenuhnya kebal terhadap bisa ular. Mongoose memerlukan masa beberapa jam untuk memulihkan kekuatannya jika terkena bisa ular.

4. Secretary bird

Disebut ‘burung setiausaha’ kerana memiliki bulu ditengkuk yang menyerupai setiausaha tua yang menyelitkan pensel ditelinga mereka. Burung Setiausaha biasanya membunuh ular dengan menendangnya dengan kuat kerana burung setiausaha memiliki kaki panjang dan kuat. Jika tidak boleh membunuh ular didarat, burung ini akan membawa ular ke udara dan melemparkannya ke batu.

5. Ular pemakan ular

Ada ular yang memakan speisesnya sendiri! Mereka adalah ular jenis Clelia dari Amerika Selatan. Begitu juga dengan king cobra. King cobra adalah ular berbisa yang terbesar di dunia, panjangnya boleh mencapai 5.5 m. Nama saintifiknya adalah Ophiophagus, yang bermaksud pemakan ular dan mangsa yang paling disukainya adalah ular tedung (cobra) dari spesies yang lain.

6. Helang Ular (raptor)

Raptor bird atau helang ular terdapat di kawasan Eropah, Asia dan Afrika. Mangsa kegemaran mereka adalah ular.

7. Armadillos

Hairy Armadillo March or April 1997 Near Puerto Piramide, Argentina

Armadillos membunuh ular dengan cara melanggar ular sehingga ular tersebut terpotong oleh cengkerang Armadillos yang sangat keras dan tajam.