CHE TA MAHU MASUK SYURGA BERSAMA ZAIN, PENUHI TUNTUTAN AGAMA

Suku pertama tahun 2015 menyaksikan beberapa barisan artis yang sudah mula mengenakan tudung penuh contohnya seperti Hanis Zalikha dan juga Elfira Loy dan kini Rozita Che Wan juga sudah mula berhijrah selepas pulang dari mengerjakan umrah baru-baru ini.
Menerima respons positif daripada peminat dan juga ahli keluarganya, Che Ta menafikan keputusannya untuk bertudung itu adalah atas dasar mahu mengikut trend di kalangan selebriti semata-mata. Sebaliknya ia adalah di atas permintaan suaminya serta di atas tuntutan agama itu sendiri.
“Bagi saya bertudung bukan satu trend. Kebetulan saya, Elfira, Hanis dan Zulin ambil keputusan untuk bertudung dalam waktu yang lebih kurang sama, sebab itu nampak seperti trend. Ingin saya tegaskan, saya bertudung kerana menunaikan tanggungjawab sebagai isteri apabila Zain minta saya bertudung”
“Suami tidak akan masuk syurga jika tidak membimbing isteri untuk sama-sama masuk syurga. Jadi, apabila memikirkan perkara itu, hati saya terdetik untuk berubah. Saya sayangkan Zain dan mahu masuk syurga bersama-sama, sebab itu saya ikut cakapnya,” jelas Che Ta kepada Kosmo!.
Sweet sungguh kenyataan yang dikeluarkan oleh Che Ta, sebak kami mendengarnya. Siapa sangka, selebriti yang sering terpalit dengan pelbagai kontroversi ini, akhirnya sudah mula berhijrah. Katanya mahu tambah seorang lagi anak ya Che Ta? Gurau saja.