Akal Letak Mana?? Memang Biadap! Buat Konsert Dangdut Depan Masjid, Alasan Tiada Lokasi Lain Yang Sesuai!!

Akal Letak Mana?? Memang Biadap! Buat Konsert Dangdut Depan Masjid, Alasan Tiada Lokasi Lain Yang Sesuai!! | Masjid adalah tempat suci dan dianggap sebagai “rumah Allah” bagi penganut agama Islam. Namun kesucian itu telah dicemari apabila satu konsert dangdut diadakan di pekarangan sebuah masjid di Tasikmalaya di Jawa Barat, Indonesia.

Sungguh Biadap! Buat Konsert Dangdut Depan Masjid, Alasan Tiada Lokasi Lain Yang Sesuai..!!
Sungguh Biadap! Buat Konsert Dangdut Depan Masjid, Alasan Tiada Lokasi Lain Yang Sesuai..!!

Beberapa keping gambar menunjukkan penyanyi dangdut wanita beraksi di pekarangan Masjid itu tular di Internet dan mengundang kritikan hebat dari pengguna media sosial di Indonesia. Klik Foto Tonton Video

 

HANYA ADA DI INDONESIA Dangdutan di halaman Masjid Agung (Tasikmalaya) 😥😥

Ya Allah apa artinya rumahmu yang sebenarnya… Hamba–hambamu yang engkau ciptakan mereka mengotori tempat ibadahnya..

Seakan tempat ibadah tidak ada artinya sama sekali bagi mereka yg tidak peduli denganmu ya robb..
Sedih rasanya Ya Allah… 😰😰😰😰 Dulu orang- orang terdahulu selalu menjaganya dari hal- hal yang buruk…

Tapi sekarang ya Allah, miris lihatnya…😱😱 Orang-orang islam sendiri yg mengotori….

Umat islam saat ini kehilangan jati dirinya yg sesungguhnya.. Nauzubillahminzalik.

Tulis Nurhayati di akaun facebooknya yang turut meluahkan kekesalan mengenai kejadian yang tidak sepatutnya berlaku ini.

Menurut Jawa Pos dan myMetro Online, konsert itu diadakan pada Sabtu lalu sempena sambutan ulang tahun ke-385 bandar berkenaan. Selain penyanyi dangdut itu beberapa artis termasuk Mulan Jamela turut membuat persembahan.

Selepas menerima banyak kritikan Datuk Bandar Tasikmalaya, Ruzhanul Ulum meminta maaf kerana menjadikan perkarangan masjid sebagai tapak konsert.

“Saya meminta maaf sekiranya tempat ini dianggap kurang sesuai. Kami terpaksa menggunakan tempat ini kerana tiada lokasi yang sesuai,” jelasnya.

Biarpun permohonan maaf sudah dibuat, namun pihak penganjur konsert dangdut ini tidak boleh dilepaskan begitu sahaja tanpa sebarang hukuman.

Ini kerana jika perkara yang mengganggu sensitiviti umat Islam seperti ini sentiasa dipandang remeh, tidak mustahil suatu masa nanti akan berlaku lagi perkara yang lebih biadab dari kejadian ini. Apa pula kata anda?

Sumber: CARI