Allahuakhbar!! Dunia Akhir Zaman.. Isteri di jual kerumah pelacuran bayar hutang suami

Allahuakhbar!! Dunia Akhir Zaman.. Isteri di jual kerumah pelacuran bayar hutang suami | setiap orang lalui pengalaman hidup yang berbeza. Tetapi tidak semua sanggup berkongsi pengalaman hitam dalam hidup mereka kepada semua orang.

Namun, bagi Rahayu Rahmat, dia tidak menganggap kisah silamnya itu perlu dirahsiakan dan baru-baru ini dia telah berkongsikan kisah silam atau sejarah hitam dalam hidupnya apabila dijual kepada rumah pelacuran oleh bekas suami.

Rahayu, 47, berasal dari Johor Bahru dan mempunyai empat orang anak bersama bekas suaminya. Kesemua mereka terpaksa hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang selama hampir enam tahun apabila Rahayu dijual kepada sebuah rumah pelacuran untuk membayar hutang-hutang dadah bekas suaminya pada tahun 2005.

Menurut Rahayu, kesemua anaknya memegang kewarganegaraan Singapura. Jadi, ketika rumah pelacuran itu mendapat tahu, kesemua pasport dan sijil lahir anaknya dijual. Lebih malang lagi, rumahnya turut dilelong kerana tidak dibayar.

Disebabkan itu, mereka tidak dapat meninggalkan Malaysia dan akhirnya mereka menjadi gelandangan, tanpa kerakyatan dan tidak berduit bersama saya.”

Dia akhirnya dibebaskan dari rumah pelacuran tersebut pada tahun 2008. Namun, pada ketika itu dia sudahpun dijangkiti penyakit HIV positif dan tidak mempunyai kerja.

Memikirkan keadaan anaknya yang perlu makan, Rahayu tidak mempunyai pilihan lain tetapi meneruskan kerja-kerja seks untuk meneruskan hidup bersama anak-anak meskipun badannya mempunyai bisul dan luka.
Rahayu juga turut menceritakan bagaimana dia terpaksa mencuri roti atau biskut untuk memberi makan kepada anaknya di saat mereka ketiadaan wang.

Namun, pertemuan Rahayu bersama suaminya sekarang, Rosli Ismail telah mengubah hidupnya dan anak-anak. Rosli, seorang bekas penagih dadah merupakan kakitangan NGO dan sedang menjalankan program kebajikan membantu memulihkan penagih dadah ketika ternampak lima beranak itu hidup di jalanan.

Dia membawa saya bersama anak-anak dan berjaya mendapatkan sijil kelahiran mereka. Kini, kesemua anak saya adalah rakyat Malaysia.

Saya tidak sangka akan dapat keluar dari kehidupan gelap ini tetapi Allah mengutus saya malaikat.”

Mereka akhirnya berkahwin dan kini sama-sama aktif dalam kerja kebajikan membantu memulihkan penagih dadah serta pekerja seks di Johor Bahru.

Pasangan ini menubuhkan Persa­tuan Kebajikan Sinar Sofia dan dua anak perempuan serta dua anak lelaki Rahayu turut bersama aktif dalam menjalankan program itu.

Menurut Rahayu, kesusahan yang terpaksa anaknya lalui telah mengukuhkan hubungan mereka sekeluarga.

“Mereka tahu tentang status saya. Saya tidak sembunyikan perkara itu dari mereka. Segala kepayahan telah membuat kami lebih kuat dan erat,” kata Rahayu.

Setiap sejarah hitam yang berlaku dalam hidup kita pasti akan memberikan kesan yang mendalam. Bagi Rahayu, ianya sudah boleh dilupakan dan perkara itu telah menguatkan lagi hubungannya bersama anak-anak.