Cool Power Rangers Datang Ke Majlis Perkahwinan

ANDA peminat Power Rangers? Penulis masih ingat lagi ketika masih kecil, tepat sahaja pukul 7.00 malam pasti sudah terpacak di hadapan televisyen bagi menonton siri tersebut.

Semestinya rancangan aksi ini memberi kenangan manis buat kanak-kanak di zaman 90-an.

Tetapi pernahkah anda terfikir untuk menjadikan rancangan penuh aksi itu sebagai tema perkahwinan?

Buat pasangan pengantin baru Ameerul dan Nawwal, majlis persandingan mereka bukan sahaja meriah malah mencatat kenangan indah tersendiri dengan kehadiran adiwira Power Rangers.

Kesemua anggota Power Rangers ini bukan sahaja menceriakan suasana majlis malah menjadi pengawal buat pasangan sempoi ini.

Menurut salah seorang pemakai kostum, Alexander Sia Eng Her, Ameerul yang merupakan pengantin lelaki adalah ahli Tokusatsu Malaysia, iaitu sebuah komuniti cosplay Adiwira.

Hari ini merupakan hari perkahwinan salah seorang ahli kami, jadi kami kumpulkan semua ahli lain untuk memberikan kenangan manis buat mereka, kata Alexander di laman Facebooknya.

Bagaimana? Adakah perkahwinan pasangan ini memberikan inspirasi buat tema perkahwinan anda?

Siapa tahu selepas ini mungkin watak-watak adiwira dari filem Avengers pula akan dijadikan tema buat majlis anda, heh.

Apa yang penting adalah keberanian dan keyakinan untuk melakukan sesuatu yang lain daripada orang lain.

Sumber: jagatepikainmu