Joy Revfa Bercerai Dengan Suami Lama Dua Bulan Selepas Kahwini Hafiz Hamidun

Sehingga kini pasti ramai yang masih keliru tentang isu sebenar pergolakan rumah tangga Hafiz Hamidun dan isteri, Joy Revfa. Menurut laporan Beautiful Nara, difahamkan ketika Joy berkahwin dengan Hafiz pada 1 Mei lalu, beliau masih berstatus isteri orang, hasil perkahwinan terdahulu. Malah hanya selepas dua bulan berkahwin, baru Joy dan bekas suami disahkan bercerai.

Menurut sumber yang diperolehi juga, Joy hanya membuat aduan taklik kepada Pejabat Agama Islam Wilayah Songkhla pada penghujung Mei, iaitu selepas hampir sebulan berkahwin dengan Hafiz. Didorong dengan perasaan ragu-ragu tentang status perkahwinan isteri, Hafiz dikatakan bertindak mengasingkan diri dari isteri bagi mengelakkan kesulitan.

Sementara itu, Joy pula tidak mendedahkan mengenai penceraiannya yang tidak didaftarkan kepada Pejabat Agama Wilayah Songkhla dimana tempat beliau dan bekas suami bernikah sebelum ini. Dan hanya selepas menerima surat pengesahan dari bekas suami, Joy dikatakan hadir ke Pejabat Agama Islam Petaling untuk mengemukakan surat keterangan.

Bagaimanapun Joy sebelum ini pernah menyatakan kononnya surat cerai beliau dan bekas suami didalam proses dikeluarkan sebelum perkahwinannya dan Hafiz dilangsungkan. Namun dimaklumkan Joy hanya membuat permohonan untuk bercerai dengan suami terdahulu secara taklik sahaja, itu pun selepas sebulan berkahwin dengan Hafiz.

Lebih menariknya, ketika Joy membuat permohonan untuk bernikah dengan Hafiz, beliau telah menandakan ruang tidak pernah berkahwin sebagai status dirinya. Tidak pasti jika betul ini adalah sebab Hafiz tidak memberikan nafkah zahir dan batin, tetapi masuk akal juga bila difikirkan mengapa Hafiz tidak sebumbung dengan isteri. (rtky/w)

  • SUMBER
  • Beautiful Nara

Sumber: Rotikaya