LELAKI JEPUN JATUH CINTA DENGAN HONDA EX5, BAWA PULANG KE NEGARA ASAL UNTUK DIGUNAKAN……..

Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Begitulah apa yang dirasakan seorang lelaki Jepun yang sudah jatuh cinta dengan motosikal Honda EX5 buatan Malaysia.

Dengan menggunakan nombor pendaftaran PKE 5703, beberapa keping foto motosikal tersebut kelihatan kacak memperagakan dirinya di sekitar bandar matahari terbit itu sehingga ia menjadi topik perbualan netizen.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Pun begitu, pemiliknya, Koji Yasumatsu, 48, tidak mengetahui akan hal tersebut sehinggalah dia dihubungi media, lapor Mstar. Menurutnya, ramai kalangan netizen di Facebook mengetahui tentang kewujudan motosikal merah tersebut. Malah seingat Koji, dia memuatnaik gambar EX5 miliknya itu terakhir pada 2015 lepas.

 

“Ramai yang nak berkawan dengan saya tapi saya tak tahu ia viral di Malaysia, lagi pun kali terakhir saya muat naik posting tentang EX5 saya di Facebook pada 2015,” katanya. 

Koji yang kini menetap di Saitama, Jepun pernah bertugas di Boon Siew Sdn Bhd, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan pada tahun 2011 hingga 2015 telah mengambil keputusan untuk menerbangkan motosikal tersebut pulang ke Jepun kerana ia banyak menyimpan memori indah sepanjang dia dan keluarga di Malaysia.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Dengan motosikal itulah katanya, dia telah Thailand dan mengembara hampir ke semua negeri di Semenanjung secara soloWah bukan calang-calang EX5 ni! 

“Anak lelaki saya, Hiroki, 20, juga menyayanginya, kadang-kadang dia juga menunggangnya.”

“Ada masa saya bawa anak perempuan saya Erika, 14, jalan-jalan tapi isteri saya, Reika lebih suka naik kereta.”

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Koji juga memberitahu, dia membeli kenderaan tersebut pada 2011 dengan harga kira-kira RM4,000. Pada ketika itu, dia melihat begitu ramai orang di Malaysia menggunakan EX5, lalu Koji juga ingin cuba menunggangnya kerana motosikal tersebut tiada di Jepun.

“Saya jenis suka ronda-ronda dan saya dapati ia sangat selesa.”

Abang-abang yang guna EX5 mesti sokong kan! 

Walaupun sudah dua tahun Koji meninggalkan Malaysia, dia yang juga meminati durian dan mi goreng ini berkata, motosikal tersebut masih dalam keadaan baik dan tidak pernah ‘buat hal’.

Apa yang lebih unik lagi ialah Koji tidak pernah menanggalkan nombor pendaftaran PKE 5703, sungguhpun dia telah membuat pendaftaran secara sah kenderaan tersebut di negaranya.

Dia juga masih mengekalkan pelekat hijau dengan tulisan, ‘Mak Hang Beranak Hang Tang Mana’ di bahagian depan motosikal yang sungguh menarik perhatian netizen. Menurut Koji, pelekat tersebut diberi oleh seorang kru EX5 di Malaysia kepadanya. Amboi hang, paham ka lenggok Penang tu? Hehe!

 

Sumber: Mstar

“Saya tak tahu maksudnya, saya anggapnya sebagai ‘fesyen’.”

Pun begitu, selama dua tahun menetap semula di Jepun, belum pernah lagi Koji melihat EX5 ditunggangi sesiapa di jalan raya. Malah oleh kerana faktor tersebut, dia amat menyayangi kenderaan berkenaan dan tidak bercadang untuk menjualnya.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Kata Koji, dia bercadang untuk kembali ke Malaysia lagi pada satu hari nanti, namun bukan untuk bekerja tetapi sekadar bercuti sahaja.

Siapa bilang barang buatan Malaysia tak hebat? Tengok EX5 tu, sampai ke Jepun tauu! 

Sumber : Lobak Merah