6 Foto VIRAL!! Cikgu Dikejar Peminat Misteri, Terima Hadiah Setiap Hari Gara-Gara Badannya Yang Sado

6 Foto VIRAL!! Cikgu Dikejar Peminat Misteri, Terima Hadiah Setiap Hari Gara-Gara Badannya Yang Sado | Jika anda seorang gadis, anda pasti tergoda dan bersemangat untuk ke sekolah sekiranya cikgu anda merupakan jejaka yang kacak, muda dan mempunyai badan yang sasa.

Begitulah yang terjadi kepada cikgu sado yang diberi nama Ahmad Muzaimi Abdul Bakhtiar atau nama popularnya Jimmy Jejai, 23 yang sangat popular dikalangan pelajar terutama sekali pelajar perempuan sehingga ada yang menghantar surat cinta kepadanya.

Tidak dinafikan pemuda yang berasal dari Pulau Pinang ini mempunyai pakej yang lengkap dengan paras rupanya yang kacak serta berbadan sasa.

“Boleh dikatakan setiap hari saya akan dapat hadiah, pelbagai soalan di whatsapp dan juga media sosial,” ujarnya.

Jimmy yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani di salah sebuah sekolah menengah di Perak mengakui peminatnya bukan sahaja datang dari sekolah di tempatnya mengajar, malahan terdapat juga pelajar dari sekolah lain yang sanggup mengepung beliau semata-mata ingin bergambar dan mendapatkan nasihat mengenai tubuh badan yang diidamkan.

Untuk pengetahuan, Jimmy juga pernah menjadi jurulatih kecergasan sementara sebelum ini kerana minatnya yang mendalam dalam dunia bina badan dan juga kecergasan.

Selain menjadi guru dan jurulatih kecergasan, Jimmy juga merupakan model bebas selain mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Lebih menarik lagi, beliau juga turut fasih berbahasa mandarin.

Sumber: Hangat.com