Al- fatihah.. NiaT Tak Kesampaian..Tak sempat tunjuk cucu baru

Al- fatihah.. NiaT Tak Kesampaian..Tak sempat tunjuk cucu baru |”Arwah baru saja mahu pulang berpantang di rumah selepas melahirkan anak kedua 13 hari lalu.

“Namun, semuanya tak kesampaian. Mereka sekeluarga pergi buat selama-lamanya,” kata Rahmah Daud.

Rahmah, 75, adalah ibu kepada Raizuamira Daud, 31, yang maut bersama suami, Zainuddin Anuar, 30; anak sulungnya, Annisa Sofea, 2 dan anak bongsu, Zayyan Nazreel berusia 13 hari dalam kemalangan di Kilometer 52Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu, kereta Proton Wira dari arahGua Musang dinaiki empat beranak terbabit remuk akibat bertembung dengan sebuah treler muatan beras yang memasuki laluan bertentangan selepas terbabas.

Rahmah berkata, anak bongsu daripada sembilan beradik itu bertolak pada jam 11 malam semalam cuba menghubunginya, namun dia tidak dapat menjawab panggilan itu kerana tertekan butan letak.

“Kali terakhir saya berbual dengan arwah pada hari dia melahirkan anak (16 September) di Kajang Permai Medical Center (KPMC) . Arwah memaklumkan mereka akan pulang berpatang di rumah dalam masa dua hari.

“Arwah juga sempat pesan supaya menyimpan kelapa dan mencari dua kambing untuk persediaan majlis Aqiqah sebaik mereka pulang nanti.

“Namun, saya dimaklumkan anak keempat, Rokiah Daud, 49, mereka tidak dapat pulang kerana bayi arwah mengalami penyakit kuning dan perlu menerima rawatan di KPMC. Mereka tangguhkan ke hari ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Sementara itu, Rokiah berkata, kali terakhir arwah yang bekerja sebagai penyelia kantin Kolej Vokasional Sepang pulang ke kampung adalah pada cuti sekolah Mei lalu, selama seminggu.

“Arwah seorang yang periang dan banyak cakap berbanding suaminya. Saya sempat memasak tiga kuih seperti onde-onde, butir nangka dan puteri manis untuk arwah kerana dia mengindam,” katanya.

Beliau berkata, bapa saudara, Mat Deris Daud, 58, bersama beberapa sepupu lain bergegas ke Hospital Gua Musang selepas dimaklumkan anggota polis yang datang ke rumahnya pada jam 11 pagi tadi mengenai kemalangan itu.

“Arwah bersama suaminya dan dua anaknya akan dikebumikan dalam dua liang di Tanah Perkuburan Islam Tok Sangkut pada malam ini,” katanya.