Dikatakan Man City Kembali Tawar pemain Arsenal, Sanchez Tapi…

Dikatakan Man City Kembali Tawar pemain Arsenal, Sanchez Tapi…  | MANCHESTER City sedia menawarkan £20 juta (RM110 juta) kepada Alexis Sanchez pada Januari depan.

Bagaimanapun, tawaran buat penyerang Arsenal itu dikurangkan berbanding tawaran perpindahan sebelumnya bernilai £60 juta (RM331 juta).

Perpindahan ke Manchester City sebelum ini tidak kesampaian akibat kegagalan Arsenal untuk mendapatkan pemain gantian tepat pada masanya.

Pemain kelahiran Chile itu mempunyai kontrak berbaki setahun lagi dan akan berunding dengan kelab asing pada Januari.

Sanchez yang berusia 29 tahun akan disatukan semula dengan jurulatihnya dari Barcelona sebelum ini, Pep Guardiola. – Mail Online