Geram Asyik Kene Speed Track, Akhirnya Tiang ditumbang, kamera AES dicuri

TANGKAK: Sebuah kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang pihak berkuasa di Kilometer (KM) 151.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dekat sini, bukan sahaja dirosakkan, malah komponennya turut dicuri.

-Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri, berkata kejadian itu disedari kira-kira jam 9.35 pagi tadi apabila Unit Peronda Lebuhraya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada pusat kawalan operasi lebuh raya berkenaan.

-“Sehubungan itu, sebuah kenderaan peronda lebuh raya yang dalam tugas rondaan dari Ayer Keroh, Melaka ke Pagoh, Johor digegaskan ke lokasi terbabit.

-“Ketika tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 9.50 pagi, mereka dapati tiang yang menempatkan kamera sistem AES terbabit sudah tumbang dipercayai akibat perbuatan khianat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

-Mohad Idris berkata, siasatan awal juga mendapati beberapa komponen sistem terbabit termasuk kamera yang digunakan untuk merakam pesalah lalu lintas turut hilang.

“-Polis tidak menolak kemungkinan perbuatan khianat terbabit dilakukan antara malam tadi hingga pagi ini. Pihak polis masih menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung kejadian berkenaan.

-“Kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

jangan lupa klik foto/video dibawah untuk info terbaik dan terkini