Kempen Piala Sultan Johor 2017 (SOJC) Amerika Syarikat buat kemunculan sulung

KUALA LUMPUR: Skuad hoki remaja negara akan membuka kempen Piala Sultan Johor 2017 (SOJC) berdepan Great Britain di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru pada 22 Oktober ini.

Skuad kendalian Wallace Tan itu kemudian akan menentang India (23 Oktober), diikuti Jepun (25 Oktober), Amerika Syarikat (26 Oktober) sebelum melengkapkan jadual liga sepusingan bertemu juara bertahan Australia (28 Oktober).

Kempen Piala Sultan Johor 2017 (SOJC) Amerika Syarikat buat kemunculan sulung

KUALA LUMPUR 01 DECEMBER 2016. Jurulatih skuad hoki remaja negara Wallace Tan me,mber arahan kepada anak buahnya pada aksi perlawanan persahabatan antara remaja negara dengan remaja Mongolia sebagai persiapan ke Piala Dunia di Lucknow, India di Stadium Hoki Kuala Lumpur. STR/OWEE AH CHUN.

Kehadiran India yang juga juara dunia remaja pasti menarik minat peminat hoki tempatan, dengan Amerika Syarikat membuat kemunculan sulung pada saingan kali ini.

“Untuk edisi ketujuh ini perlawanan akan dimainkan dalam format empat suku sama seperti garis panduan ditetapkan Persekutuan Hoki Dunia (FIH),” kata setiausaha penganjur kejohanan, Datuk Manjit Majid Abdullah.

“Kami juga merancang untuk bekerjasama dengan Akademi AHF untuk mengadakan beberapa seminar dan kursus termasuk klinik latihan untuk pelajar sekolah dalam sebahagian daripada usaha kami untuk mempromosi sukan hoki.

“Kami berharap penyokong akan beramai-ramai datang ke stadium untuk bukan saja memberi sokongan kepada pasukan negara malah untuk melihat aksi bintang muda masa depan,” katanya.

Great Britain dijangka menjadi pasukan pertama yang akan tiba di Johor Bahru pada 17 Oktober ini dan dijadualkan merangka beberapa aksi persahabatan dengan skuad Piala Razak Johor.

Untuk Malaysia pula, mereka akan mengadakan kem latihan pusat dengan yang terkini pada 3 hingga 8 September ini.

Selain Wallace, skuad yang diperkuatkan lima pemain yang beraksi di Kejohanan Remaja Dunia 2016 di India turut mendapat bimbingan beberapa jurulatih lain termasuk Nor Saiful Zaini, Mohd Amin Rahim, M Nadarajah dan Madzli Ikmar.

“Saya ketika ini mempunyai skuad 30 pemain dan kami melalui beberapa fasa latihan untuk persiapan ke kejohanan.

“Melihat kepada senarai pasukan, kami akan melalui rintangan sukar pada kejohanan ini dan dua aksi pertama pasti menjadi ujian mencabar untuk anak buah saya,” kata Wallace.