“Mereka ambil (maklumat) sana sikit, ambil sini sikit dan gabungkan sebelum membuat kesimpulan sendiri. Itu yang saya kesalkan”. Bekas Suami Joy Revfa, Datuk Ray Pula Ambil Tindakan Undang Undang

“Mereka ambil (maklumat) sana sikit, ambil sini sikit dan gabungkan sebelum membuat kesimpulan sendiri. Itu yang saya kesalkan”. Bekas Suami Joy Revfa, Datuk Ray Pula Ambil Tindakan Undang Undang | Datuk Ray Imran telah mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang jika ada pihak yang mengeluarkan kenyataan tidak benar tentang kemelut perkahwinan bekas isterinya, Joy Revfa.

Kata Datuk Ray, oleh kerana ada kenyataan tidak benar, yang membabitkannya, ini sekaligus turut mencalarkan imejnya sebagai pengusaha produk kosmetik.

Ini komen bekas suami Joy Revfa ini:

“Memang ia menjejaskan imej saya kerana mereka di luar sana (orang awam) tidak tahu sepenuhnya apa yang berlaku.

“Mereka ambil (maklumat) sana sikit, ambil sini sikit dan gabungkan sebelum membuat kesimpulan sendiri. Itu yang saya kesalkan”.

“Sepatutnya mereka kena mendengar kenyataan semua pihak kerana saya pun tidak boleh bercakap dengan semua orang,”

Datuk Ray telah hadir ketika pengurusan kes permohonan pengesahan nikah antara Joy dan dirinya, di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Bekas suami Joy Revfa ini berkata dia sentiasa memberikan kerjasama penuh terhadap Joy Revfa.

Namun Datuk Ray kecewa selepas isu status pernikahan kedua-duanya timbul seolah-olah beliau tidak memberikan kerjasama.

Ray memberitahu, dia tidak tahu Joy Revfa dan Hafiz hamiudn telah ke Thailand untuk mendapatkan pengesahan penceraian.

Ini komennya:

“Sepatutnya permohonan cerai taklik ini tidak perlu dipohon.

“Pengesahan cerai itu sepatutnya saya yang lakukan dan sepatutnya bila mereka tidak dapat, mereka sepatutnya menghubungi saya.

“Saya juga tidak dimaklumkan ketika mereka ke sana,”

Untuk pengetahuan semua, permohonan faraq antara Joy Revfa dan Hafiz Hamidun dikatakan telah ditunda.

Mahkamah Tinggi Syariah telah menetapkan 19 September ini untuk pendengaran permohonan pengesahan pernikahan antara Joy dan Ray di Thailand pada 2015.

Sebaik permohonan pengesahan pernikahan itu selesai, barulah permohonan untuk pengesahan perceraian antara Joy dan Ray dibuat.

Kemudian barulah status antaar Joy dan Hafiz hamidun boleh diselesaikan.

Sumber: Berita Harian