GANAS!! HANYA ENGGAN BELIKAN KERETA, SUAMI BELASAH ISTERI SAMPAI LEBAM MATA DAN KEGUGURAN

GANAS!! HANYA ENGGAN BELIKAN KERETA, SUAMI BELASAH ISTERI SAMPAI LEBAM MATA DAN KEGUGURAN | AHMEDABAD, INDIA – Berang melihat mangsa dibelasah sehingga cedera teruk di mata kiri, beberapa ahli keluarganya bertindak membelasah suami mangsa di jalan raya, lapor Times of India…

Dalam kejadian 19 Mac lalu, video berdurasi 1 minit 37 saat menunjukkan, Hardik Bharwad dipukul dengan kayu, malah cermin keretanya turut dipecahkan.

Hardik Bharwad berkahwin dengan isterinya, Ratan Bharwad dan mempunyai seorang anak perempuan.

Menurut sumber, pasangan itu terdahulu bertengkar selepas Hardik meminta untuk dibelikan sebuah kereta. Ratan dipercayai enggan memenuhi permintaannya itu menyebabkan Hardik bertindak memukul mangsa sehingga menyebabkan matanya cedera, selain mengalami keguguran.

Bapa mangsa, Rambhai Bharwad berkata, selepas kejadian itu, anak perempuannya itu pulang ke rumah. Namun Hardik telah mengikutnya dan sekali lagi cuba menyerang isterinya itu.

“Anak saya dipukul sehingga penglihatan mata kirinya terjejas. Pergaduhan mereka berpunca dari perkahwinan mereka yang dirahsiakan dari pengetahuan kami dua tahun yang lalu, walaupun mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan.

“Pada awalnya kami memfailkan aduan terhadap Hardik, tetapi Ratan merayu agar aduan itu ditarik balik kerana dia tidak mahu menafikan hak Hardik sebagai seorang bapa kepada anaknya. Enggan memanjang kes, kami akur.

“Sekarang kami akan failkan tindakan undang-undang terhadap Hardik di atas dakwaan menyerang Ratan secara mental dan fizikal. Malah kami juga mahu menuntut mas kahwin anak kami,” kata Rambhai.