NAIK LEMAK PLAK.. MELAMPAU TAHAP GABAN…MYANMAR MABUK TIKAM 1 KELUARGA TENGAH MAKAN

NAIK LEMAK PLAK.. MELAMPAU TAHAP GABAN…MYANMAR MABUK TIKAM 1 KELUARGA TENGAH MAKAN | JOHOR BAHRU: Hasrat empat sekeluarga untuk menikmati makan malam bertukar detik hitam apabila seorang daripada mereka cedera ditikam seorang lelaki Myanmar dipercayai mabuk dalam kejadian di Jalan Nusa Bestari, Taman Nusa Bestari, di sini, awal pagi Ahad…

Kejadian kira-kira 1.55 pagi itu menyebabkan mangsa, seorang lelaki berumur 30-an cedera pada bahu kanan dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Noor Hashim Mohamad berkata polis yang tiba di lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam mendapati, suspek iaitu lelaki Myanmar berusia lingkungan 20-an terbabit sudah terbaring dengan berlumuran darah pada bahagian muka.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai minum di sebuah restoran berhampiran sebelum mabuk dan tidak dapat mengawal diri lalu bertindak menendang kenderaan mangsa.

“Mangsa yang mahu ke restoran bersama bapa saudara, abang ipar dan kakak untuk makan malam cuba menenangkan suspek, namun, suspek bertindak menikam bahu mangsa sebelum suspek kemudian dipukul orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan menyerang mangsa,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di sini pada Ahad. – Bernama