Panas Isu Gegar Vangaza – Gangguan S3ksual? Nabil Ahmad Ditegur Buli Hazami

Panas Isu Gegar Vangaza – Gangguan S3ksual? Nabil Ahmad Ditegur Buli Hazami | Jika sebelum ini menjadi baha gurauan kasar oleh pengacara Nabil Ahmad, kini Hazami pula yang menjadi mangsa seterusnya. Hazami yang merupakan salah satu peserta Gegar Vaganza musim ke-4 ini berjaya menyanyikan lagunya sendiri berjudul “Mungkir Bahagia” dengan baik sekali.

Setelah tamat membuat persembahan, pengacara Nabil telah melakukan aksi yang kurang selesa terhadap Hazami. Menurut salah satu netizen di ruangan komen, perlakuan Nabil itu seolah-olah seperti gangguan seksual sehinggakan Hazami bertindak memarahinya pada saat itu. Netizen dengan akaun @definemenownotlater meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Nabil dan mohon Nabil supaya gurauan akan datang lebih terkawal.

“Tadi menyakat dah terlebih sikit kearah harrasment pulak. Saya sebagai penggemar Hazami minta budi baik Nabil kalau nampak Hazami tak selesa minta budi bicara Nabil untuk tone down sikit. Saya faham Nabil hanya cuba memeriahkan suasana so saya berharap gurauan akan datang akan lebih terkawal – tulisnya”

Rata-rata mengatakan perkara tersebut sensitif dan Nabil bersikap biadap dengan membuat lakukan aksi seperti itu terhadap Hazami.

Sememangnya, tidak semua perkara boleh dibawa bergurau apatah lagi di depan khalayak umum dan bukankah Hazami jauh lebih berusia dari Nabil yang harus dihormati?

Adakah ‘gurauan tak bertempat’ Nabil masih akan berterusan pada episod akan datang?