Sayu.. Ibu Pedulikan Rasa Malu, Seorang Ibu Tunggal Kutip Sisa Makanan Demi Isi Perut 5 Anak Di Kelantan.

Sayu.. Ibu Pedulikan Rasa Malu, Seorang Ibu Tunggal Kutip Sisa Makanan Demi Isi Perut 5 Anak Di Kelantan. | Kota Bharu, Kelantan. – Tak lagi hiraukan rasa malu dan tanggapan orang sekeliling, menjadi satu rutin bagi Rosilawati Ramli, 37 untuk mengutip sisa makanan di pasar, dekat sini bagi mengisi perut anak-anaknya yang menunggu di rumah.

Ibu tunggal ini akan ke Pasar Minggu di Kampung Kedai Lalat setiap minggu untuk mengutip sisa sayur, buah dan lauk yang tidak boleh dijual untuk dibawa pulang.

Menurut Rosilawat, terdapat segelintir peniaga baik hati yang memberikan makanan kepadanya, malah ada juga makanan yang dikutipnya di tong sampah asalkan dirasanya masih boleh dimakan dan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Babong, Sering di sini.