Zahid berkata protes yang dibuat Jamal “Pecah botol arak bukan tindakan Umno tapi Jamal”

Zahid berkata protes yang dibuat Jamal “Pecah botol arak bukan tindakan Umno tapi Jamal” | Pecah botol arak bukan tindakan Umno tapi Jamal, kata Zahid

Tindakan Jamal Yunos tidak mewakili pimpinan parti walaupun beliau salah satu daripada ketua cawangan Umno, kata Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjarakkan diri daripada tindakan Datuk Seri Jamal Yunos semalam yang membawa beberapa kotak botol arak sebelum melemparkannya di pintu masuk Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam.
Zahid berkata protes yang dibuat Jamal, yang merupakan ketua Umno Sungai Besar itu, tidak dipersetujui Umno.
“Kita tidak menyokong apa yang dia lakukan,” kata Zahid kepada wartawan hari ini.
Semalam, Jamal membawa 10 kotak berisi kira-kira 100 botol minuman keras ke SUK Selangor, sebagai simbolik bantahan terhadap penganjuran sebarang pesta arak di negeri itu.

Lewat malam tadi, polis menahan Jamal dan 7 lagi lelaki lain selepas menerima aduan daripada pengawal keselamatan di Bangunan SUK.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu menyertai perhimpunan haram dan juga Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kemudaratan awam.
Zahid berkata Umno mempunyai 191 ketua bahagian dan tindakan Jamal tidak mewakili keseluruhan pimpinan.
“Ada 190 orang lagi ketua yang sehingga hari ini tidak memecahkan apa-apa,” katanya.
Isnin lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata polis tidak membenarkan penganjuran pesta arak “Better Beer Festival” ekoran wujud ancaman militan. Pesta itu sebelum ini dirancang diadakan di Kuala Lumpur dan Klang.