Terkini – Viral Anggota Polis Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Rakan

Terkini – Viral Anggota Polis Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Rakan | Seorang anggota polis hari ini ditahan kerana kantoi berdua-duaan dengan wanita dalam satu rumah dipercayai memiiki hubungan sulit…

Suami wanita itu menangkapnya ketika dia bersama dengan seorang polis lelaki di sebuah rumah di Sri Petaling, Kuala Lumpur, pukul 5 petang, pada Ahad.

Laporan itu memetik sumber berkata, suami wanita itu yang juga seorang anggota polis sudah mengesyaki kecurangan isterinya dan bertindak untuk mengekori wanita itu.

“Dia mengikuti isterinya ke Jalan Sungai Besi pada pukul tiga petang hari kejadian. Dia melihat isterinya berjumpa lelaki itu sebelum mereka kembali ke rumahnya di Sri Petaling.

“Cubaan lelaki itu untuk membuka pintu gagal kerana isterinya sudah menukar kunci lalu dia mengumpil pintu itu.

“Lelaki itu terkejut melihat isterinya dalam keadaan separuh bogel dengan kekasih gelapnya,” ujar sumber itu lagi.

Lelaki itu dikatakan mengambil gambar dua pasangan itu sebelum bertindak membuat laporan polis.

Tambahnya lagi, lelaki itu juga berharap pihak atasan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap dua anggota polis itu.